Friday, 2 August 2013

TANDA SIHIR

Ini saya petik daripada buku Dr Amran Kasimin. Panjang huraiannya. Jadi untuk kali ini saya buat ringkasan mengenai usaha syaitan menyakiti jasad dan roh manusia. Di antaranya:

1) Syaitan mendatangkan mimpi ngeri menyebabkan seseorang itu berasa sedih, takut dan derita.

2) Menyakiti bayi ketika dilahirkan.
    Setiap anak Adam akan ditusuk di kedua tepi bahagian badannya dengan dua jarinya ketika dilahirkan, kecuali Isa anak Maryam. Iblis telah cuba melakukan tusukan, tetapi tusukannya dihalang. (Riwayat al-Bukhari)

Akibat daripadanya bayi yang baru dilahirkan itu akan meraung kesakitan. Oleh itu, bayi yang baru dilahirkan perlu diazankan atau digamatkan untuk melindunginya daripada gangguan jin.

3) Menyakiti kaum wanita menyebabkan keluar dari istihadah, iaitu darah yang keluar di luar waktu haid, yang keluar bukan kerana gangguan fizikal.

4) Membunuh atau merosakkan benih menyebabkan tidak boleh mengandung, atau membunuh janin menyebabkan berlakunya keguguran.

5) Merasuk manusia.

6) Mengganggu manusia ketika beribadah.

7) Mendorong manusia supaya menjadi syirik.

8) Menipu manusia meninggalkan agama ketika sakaratul maut.

7) Makan, minum dan tidur bersama manusia iaitu makan dan minum tanpa menyebut nama Allah dan masuk ke rumah tanpa menyebut nama Allah.

No comments:

Post a Comment