Friday, 2 August 2013

SUPLEMEN

Saya suka mengambil suplemen kesihatan dan saya rasa ia adalah satu keperluan untuk diri saya. Bermula dengan sakit gastrik yang saya tanggung 20 tahun lepas yang sembuh dengan izinNya kerana mengambil ginseng, saya mula tertarik dengan satu cara lain dalam memelihara kesihatan tubuh iaitu dengan mengambil suplemen.

Pengalaman bersama arwah mak pesakit kanser selama 8 tahun juga mendekatkan saya dengan penggunaan suplemen sebagai 'ubat' kepada penyakit dan tidak bergantung semata-mata dengan perubatan konvensional iaitu 'over the counter drugs' yang diberikan oleh doktor.

Berkahwin pula dengan suami yang ahli keluarganya terdiri daripada doktor-doktor Homeopathy, wah, apakah maknanya ini? Ibarat cinta yang sudah berputik disemai lagi dengan baja-baja cinta.. perghhhh :)

Sepanjang hampir 12 tahun perkahwinan kami, saya memang jarang mengambil ubat-ubatan hospital. Di rumah, saya ada sudut khas di almari dengan ubat-ubat homeopathy. Saya juga ada buku-buku khas tentang perubatan alternatif seperti homeopathy, refleksologi, vitamin, herba dan galian. Jika saya sakit atau anak-anak sakit, biasanya saya akan ke klinik minta diagnosis doktor dan pulang ke rumah saya akan buat sendiri ubat homeopathy (pastinya dengan bimbingan keluarga mentua saya, ibu mentua saya terutamanya). 

Akhir tahun lepas, sedang saya mengkaji mengenai suplemen dan mencari vitamin yang terbaik untuk keluarga mengikut 'standard kewangan' kami, saya terjumpa pula dengan Shaklee. Saya tertarik hati kerana suplemen tersebut berada di carta keempat daripada 100 jenama vitamin DUNIA. 3 jenama diatasnya saya tidak begitu kenal maka bermulalah cerita saya bersama produk ini. Ya, sekarang sudah ramai yang menjadikan Shaklee sebagai satu bisnes dan ramai yang berjaya. Saya juga ingin berjaya seperti mereka tetapi bukan keuntungan yang saya cari semata-mata tetapi kebaikan daripada suplemen-suplemen ini. Moga dapat membantu mereka yang memerlukan dan yang belum ketemui ubat yang dapat menyembuhkan penyakit mereka. 

Teringat saya kepada arwah mak saya selesai menerima rawatan kimoterapi di PPUM lebih 10 tahun yang lalu. Mak saya ketika itu sedang mengambil Tocovid suplemen antioksidan yang kuat pada ketika itu. Beliau merasakan kebaikan suplemen tersebut terhadap tubuhnya dan  berasa gembira dengan keadaan kesihatannya. Lantas setiap kali ke hospital pasti diedar flyers kepada pesakit-pesakit di situ mengenai Tocovid. Saya berasa segan dan saya bertanya kenapa beliau berbuat demikian. Beliau berkata " mak tak kisah apa orang nak kata, mak cuma nak kongsi kebaikan yang mak dapat dengan orang lain". 

Dan ya, saya juga ingin berkongsi kebaikan yang saya dan keluarga saya dapat dengan orang lain...

Salam Perkenalan

** Aidil **

No comments:

Post a Comment